Monday, 31 October 2016

Kubur.

Sedikit perkongsian ilmu ..

Murobbi - Ustaz Dusuki Abd Rani
Tempat - Masjid Intim Ipoh
Tajuk - Peringatan Kubur

- Orang yang berjaya ialah apabila dia mati , kuburnya menjadi taman taman Syurga ..

- Orang yang banyak harta dan duit tapi bila dia mati , kubur dia menjadi lorong2 Neraka .. Maka kehidupan dia atas dunia dulu tidak bermakna ..

- Ada orang yang buruk perjalanan hidupnya tetapi pengakhiran banyak sungguh husnul khotimah .. Pengakhiran ini lah yang paling bermakna kepada kita .. Itu lah yang akan menentukan macam mana kehidupan kita diakhirat nanti ..

- Kenapa kita kena ada bekal .. Ulamak sebut , ramai diantara kita nanti apabila mengadap Allah Taala membawa hati yang penuh dengan kekecewaan . Dia mati dalam keadaan tidak bersedia .. Dia mati dalam terkejut ..

- Ramai orang terkejut apabila mendengar kematian seseorang .. Tetapi tahukah kalian , mayat itu lebih lagi terkejut .. Terkejut bahawa dia sudah meninggal dunia ..

- Bayangkan , bila kita masuk je dalam kubur .. Tengok2 kita tak ada bekal .. Semua amalan kosong .. Allahurobbi .. Orang begini ialah golongan yang hidup atas dunia dalam keadaan sesat .. Setiap kali dia buat amalan , dia merasakan amalan itu diterima Allah Taala .. Diri solat tapi x khusyuk , berpuasa tetapi x ikhlas , menunaikan haji tetapi x mendapat haji mabrur..

- Ada 3 kelompok manusia yang akan menghadap Allah Taala ..

1. Disebut dalam surah an Nisa - Orang yang dimatikan oleh Malaikat Maut dengan keadaannya membuat khianat pada diri sendiri.. Ini ialah mereka yang mati dalam keadaan berbuat maksiat , mati dalam keadaan tidak solat , mati ketika berjudi ..

2.Golongan kedua .. Allah Taala cerita dalam Quran , ketika mereka lupa peringatan Allah , lalu Allah Taala buka pintu maksiat yang dia lakukan .. Nauzubillah .. Kenapa Allah buka ?? .. Sebab Allah Taala nak beri istidraj pada dia.. Allah Taala akan buka sampai dia rasa seronok dengan maksiatnya .. Di saat dia tengah seronok , Allah Taala rentap rohnya .. Maka mati lah dia dalam keadaan hina. Mati dalam maksiat .. Bagaimanalah keadaannya ketika mengadap Allah Taala ..

3. Orang yang mulutnya sentiasa menyebut tuhan kami ialah Allah .. Maksudnya mereka ini sering kali bersyahadah , baca Quran , berzikir , berselawat ..

- Jangan sesekali kita mati dalam keadaan tidak tahu membaca Quran .. Sesiapa yang mati dalam keadaan tak tahu baca Quran sesungguhnya dia telah berbuat zalim pada dirinya sendiri  ..

- Orang yang mati tak bayar zakat termasuk dalam golongan mati dalam keadaan buat khianat pada diri sendiri ..

- Malaikat akan tanya pada mayat didalam kubur .. Kenapa tak belajar untuk baca Quran .. Lalu Malaikat berkata .. Bumi yang Allah Taala buat pada kamu tu sempit sangat ke sampai susah sangat kamu nak mencari guru untuk belajar baca Quran .. Maka kesudahan kamu adalah Neraka Jahanam .. Tempat yang paling buruk Allah Taala sediakan ..

- Ada sekelompok manusia dikalangan kita terang terang lawan Allah .. Tak ada langsung rasa takut pada Allah .. Tak tutup aurat tapi tak rasa bersalah , tak solat tapi tak rasa berdosa ..

- IKIM membuat kajian , Malaysia berada di tangga ke 10 peminum arak tegar dalam dunia ..

- Tiada kekuatan yang paling utama untuk bantu kita di alam barzakh melainkan Al Quran .. Maka bacalah Quran .. Khatamlah Quran sebanyak banyak mungkin ..

- Kita ni dalam beragama ni akan sentiasa berasa nak berhenti , rasa letih .. Jangan mengalah .. Jangan putus asa dengan ujian2 Allah Taala ..

- Kata Ulamak .. Ada 5 ujian besar yang Allah Taala sebut dalam Quran .. Diantaranya .. ::

1. Ujian berasa takut .. Atasi lah ia dengan sentiasa bertakbir kepada Allah .. Apabila takut balik lah kepada Allah ..

2. Ujian dalam berasa lapar .. Lapar ni menyebabkan seseorang itu jadi tamak .. Kerana laparlah manusia lupa daratan . Tak peduli pada halal haram .. Contoh pada bulan Ramadhan , semua kita nak beli .. Sebab lapar nafsu makan bergelora ..

3. Ujian dalam kematian .. Apabila kita tengah sayang pada seseorang , Allah Taala ambil nyawa mereka ..

4. Ujian dalam sakit .. Ditimpa sakit dan musibah ..

- Nabi s.a.w sebut .. Apabila kamu mengaku je kamu mukmin maka ada 5 ujian yang akan berlaku pada kamu ..

1. Hasad dengki
2. Orang Munafiq yang sentiasa membenci kamu
3. Orang Kafir yang tidak akan pernah redho pada kamu
4. Syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan
5. Hawa nafsu yang sentiasa menarik narik diri kamu

- Orang munafik ada 3 sifat ::
1. Bercakap bohong
2. Mungkir janji
3. Diberi amanah , dia khianat

- Nabi s.a.w sebut .. Diantara tanda2 orang munafik ialah apabila dia tak boleh jaga solat Subuh dan Isyaq berjemaah..

- Orang kafir tidak akan redho dengan orang mukmin sehingga kita ikut cara hidup mereka ..

- Ulamak sebut bunuh ada  2 jenis ..

1. Bunuh nama baik .. Mereka akan cari jalan supaya reputasi seseorang menjadi buruk .. Supaya dia sentiasa dipandang serong oleh orang lain ..
2. Bunuh jasad mereka yang beriman ..

- Bila kita nak dekat meninggal dunia , diantara tanda nya ialah dibuka hijab mata kita .. Kita akan nampak Malaikat turun .. Masa kita akan menjadi panjang , sehingga kan setiap orang mengalami saat kesukaran .. Kesukaran dalam keluarnya roh dari jasad .. Malaikat yang turun mencabut nyawa lebih kurang 40 ribu .. Allahurobbi  ..

- Syaitan akan datang ketika diambang sakaratul maut .. Dia akan menyamar sebagai ayah , sebagai ibu dan menghasut supaya jangan mengucap .. Allahurobbi ..

- Ketika nyawa sampai ke halkum .. Allah Taala bertanya ?? .. Siapa yang boleh pulangkan roh kamu ini ?? .. Lalu mayat pun sebut .. Engkau ya Allah , pulangkan lah aku kedunia ya Allah .. Aku bertaubat kepadaMu .. Lalu Allah Taala jawab maka tiada lagi peluang kedua untuk kamu apabila nyawa kamu sampai ke halkum .. Allahurobbi ..

- Jahatnya Syaitan ini sehinggakan dalam kubur pun dia ganggu .. Ketika Malaikat tanya pada mayat .. Siapa Tuhan kamu ?? .. Lalu Syaitan datang dia suruh mengaku dialah tuhan .. Nauzubillah ..

- Himpitan ialah pekara yang pertana berlaku ketika masuk kedalam kubur .. Semua orang akan mengalami himpitan kubur cuma kuat atau tidak sahaja .. Nabi s.a.w sebut ketika Saad Bin Muadz diturun ke kubur , baginda melihat Saad dihimpit kubur sehingga menjadi sehalus rambut .. Allahurobbi ..

- Sahabat lihat wajah Nabi berubah ketika baginda kebumikan jenazah anak perempuanya Zainab dan Ruqayah .. Sahabat tanya kenapa wajahmu berubah ya Rasulullah .. Nabi s.a.w bersabda , Aku melihat anak perempuanku,  Zainab dan Ruqaiyah dihimpit kubur.. Sungguh aku merasa kasihan melihat mereka .. Allahurobbi ..

- Didalam kubur , Allah Taala akan buka kan hijab arah yang kita akan pergi kelak .. Bila dibuka kan hijab dapat melihat Syurga .. Allahurobbi . Sehingga kembang kempis hidung kita .. Kembang kepis sebab tak sangka kita dapat masuk Syurga .. Allahurobbi ..

- 3 pekara yang kita kena jaga betul2 ..

1. Jaga pegangan dalam hidup , jaga aqidah .. Jangan campur selain dari Islam .. Kalau campur , ketika meninggal dunia nanti , memang tak boleh nak mengucap syahadah ..

2. Jaga ibadah .. Jaga solat betul2 .. Jangan malas .. Kalau kita dah berusia 40 tahun keatas , tambahlah amalan2 sunat seperti bangun solat tahajud di waktu malam ..

3. Jaga akhlak .. Selalunya dihujung usia makin tak terjaga akhlak .. Contoh mulut .. Semakin tua semakin dia tak boleh jaga mulut .. Isteri x jaga hati suami , begitu juga sebaliknya .. Semakin tua semakin kasar pertuturan nya ..

- Ada 3 pilihan tahajjud .. Yang paling afdhal cara Nabi .. Tidur kemudian bangun kemudian tidur balik baru bangun solat .. yang kedua , kita tidur lalu bangun solat tahajjud terus tunggu sampai subuh .. yang ketiga . Solat tahajjud sebelum kita tidur malam .. Lepas isyaq boleh solat tahajjud dah ..

- Tahajjud ini akan menjadikan kubur kita bercahaya .. Selesai sahaja soalan Mungkar Nankir yang pertama .. Andaikata kita dapat jawab .. Terus kubur kita menjadi luas sehingga jauh mata memandang .. Kemudian hadir cahaya kehijau hijauan .. Lalu kita pun tanya pada Malaikat .. Cahaya apakah ini wahai Malaikat .. Malaikat sebut inilah cahaya hasil dari solat tahajjud kamu di malam hari ..

- Ada 3 surah yang perlu kita hafal sebelum kita mati ..

1. Surah al Mulk .. Barangsiapa hafal surah al Mulk maka tiada azab kubur buat dia .. Allahurobbi ..
2. Surah al Kahfi .. Barangsiapa hafal surah al Kahfi , ia akan menerangi jasad mereka terang menerang sehingga ke Arash Allah Taala ..
3. Surah al Bakarah .. Barangsiapa yang hafal surah al Bakarah dan melazimkan bacaan didalam rumahnya maka Syaitan tak kan berani masuk kedalam rumah .. Bayangkan didalam rumah pun Syaitan tak berani masuk inikan pulak hati kita yang telah menghafal surah al Bakarah .. Lagilah dia tak berani masuk ..

- Wallahualam -

Solat.


Saturday, 29 October 2016

تعلم كيف تصل الى مكان السحروابطاله بسهولة لا يفوتك

السحر السفلي واعراضه

ماهو السحرالمـأكول و المشروب ? ماهي أعراضه ? كيف يصنع هدا السحر?? طرق عل...

رقية السحر المأكول-الموجود في البطن-مكرر لمدة ساعتين roqia sihr mangé

الرقية الشرعية لحرق شياطين وحراس سحر البطن مكررة لمدة ساعة

رقية شرعية لعلاج وهن الجسم والخمول وتعب العظام

الرقية الشرعية للصداع والسحر والعين و كثرة النسيان والشرود الذهنى بصوت ...

ارقي نفسك بالرقية الشرعية الكاملة لفك تعطيل جميع امورالحياة وراحة البال ...

Tazkirah.

✏ Tazkirah *Asar* - 29/10/2016

❤ 28 Muharram 1438 Hijrah

✨ بسم الله الرحمن الرحيم

📝 MELATIH HATI AGAR TENANG

Ketika merasa sunyi BERDZIKIRLAH karena ALLAH Maha Mendengar

Ketika merasa gembira BERSYUKURLAH karena ALLAH Maha Memberi

Ketika marah BERISTIGHFARLAHkarena ALLAH Maha Pemaaf

Ketika merasa sedih BERSUJUDLAH karena ALLAH Maha Pengasih.

Terkadang ALLAH memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mau karena Allah Maha Tahu apa yang terbaik.

ALLAH itu Maha Adil juga Maha Penyayang. Segala yang berlaku akan ada hikmahnya.

Latih hati untuk PERPRASANGKA BAIK terhadap ALLAH.

Latih hati untuk BERGANTUNG KEPADA ALLAH bukan kepada manusia.

Latih hati untuk BERSYUKUR,InsyaALLAH kita bahagia.

Latih hati untuk MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN,InsyaALLAH keresahan sirna.

Semoga Kita Semua dapat meng-Amalkan nya. In shaa Allah hidup akan tenang, Allahumma aamiin....Slmt ptg semua shbt2ku..jemput minum ☕🍞😊


*_#DakwahUntukIslamTerhebat_*


💝 اللهم صل على محمد وعل آل محمد

🎓 *_```Hamba Allah ( MZ.MAM )```_*

Keyboard warrior.

Syahadah

Tarhim.

Mari kita taubat.

Al fatihah

Taubat.

Selawat

Dilantik menjadi Tuhan.

Wednesday, 19 October 2016

Hebat.

HEBAT KIASAN ULAMAK..
📌WAJIB UNTUK DIBACA INI📌

Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu...

Pak Kiyai: Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda: Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai: Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda: Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama?

Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut: “Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah
al-Askandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain” Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ?

Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah??

Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi
pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya.

Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai: Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda: Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai: Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu, wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda: Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai: Silakan minum Abdullah. Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya: Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda: Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya

Pak Kiyai: Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya.

Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan oleh para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda: Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai: Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai: Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda: Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai: Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan.

Maka persoalannya, pemahaman siapa yg ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda: Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai: Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan?

Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yg mengambil selain daripada keduanya.

Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penguasaannya.

Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Hatta Imam Syafie rah. yg bebangsa arab sendiri pun tinggal di perkampungan bani Huzail selama lebih kurang 10 thn semata2 ingin belajar b.arab mereka yg hampir dgn fusha...

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketika mana beliau sedang menaiki keldai, berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut.

Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab: “Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu
berkata “Wahai Imam, bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak
terus menjawabnya?”

Al-Imam al-Syafiee menjawab: “Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah.

Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah.

Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”

Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya: “Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik: “Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana utk menyelesaikannya”

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Mereka sungguh mudah membidaahkan perkara2 khilaf dan menolak pandangan2 ulama2 muktabar terdahulu dgn alasan yg pelbagai..

Pemuda: MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai: Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.

Semoga jadi pedoman kepada kita semua...

*jom kita belajar mengaji*
*sebelum kita mati*
*Jom ke Akademi Tajwid*
*Hp: 0123441043*

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Tuesday, 11 October 2016

Isteri.

BUAT SAHABAT2 KU YG MEMPUNYAI SEORANG ISTERI....


Di sebuah pasaraya seorang suami bertengkar dgn isterinya dan menyuruh isterinya pergi masuk ke dlm pasaraya sementara dia duduk di bangku tidak ikut sama...ia diperhatikan oleh seorang pakcik yg dlm umur 60'an. Pakcik itu menghampiri suami tadi sambil bertanya:"Apa masaalah ni nk marah2 pd isteri, maaf pakcik bertanya".
"Tkde apa pakcik. Isteri sy ni ajak masuk dlm pasaraya ikut dia cari2 barang. Sy malas la pakcik letih dan bosan la dgn perangai org pompuan ni". Pakcik tu tersenyum sambil berkata: " Nak pakcik dulu dgn isteri pakcik pegi kemana2 berdua. Tapi isteri pakcik baru 5 bulan meninggal. Kami lebih kurang sebaya. Kami guru. Bila bersara kami ke Mekah bersama. Kami tinggal berdua di rumah sb anak2 kami 6 org semua dah kawin tinggal di rumah masing2. Isteri pakcik malangnya mengidap kencing manis dan darah tinggi. Tiap2 hari kena makan ubat. Dia selalu tk berapa cergas dan pakcik la yg menjaganya. Kini dia telah tiada pakcik terasa amat keseorangan. Siang pakcik rasa terlalu panjang dan malam terlalu sunyi. Tiap2 satu benda kepunyaan arwah mengingatkan pakcik pd nya. Sebak dan sedih melihat ubat2 yg masih belum dimakannya. Ada nombor handphone dia tpi pakcik tau dia tidak  akan jawab panggilan pakcik dan message whatsapp kpdnya  pun dia tkkan baca...dulu pakcik tidur dikatil disebelah bahagian sb dia ada disebelah...tpi skrg pakcik tidur sorang2 di tengah2 katil...bila ke dapur skrg pakcik sorang2 buat sarapan tiada dia lg menyediakannya...tiada lg kami ke surau bersama...bayangkan nak..kami punyai sorang satu kereta skrg kereta dia kaku tak bergerak cuma sesekali pakcik pandu..oleh itu nak sementara isteri anak masih ada hargai la dia dan sayangi la dia...kita hidup sementara di dunia ini...pakcik hari2 ke pusaranya dan pakcik selalu berkata di pusaranya...."kau pegi la dulu abg akan ikut kemudian..."  Maaf pakcik balik dulu" Si suami terpegun terus bangun masuk ke pasaraya mencari isterinya. HANTAR MESJ INI KEPADA LELAKI YANG PUNYAI ISTERI...BIAR MEREKA MENGHARGAI...ISTERI2 MEREKA....

Suami ..

Wahai sahabat SUAMI budiman, sudahkan anda melakukan ini untuk ISTERI arini?
1. Ucap selamat
2. Cium pipi

3. Peluk erat dari belakang
4. Ucap terima kasih utk apa saja
5. Berjenaka
6. Mandi bersama
7. Suap makanan
8. Main jemari dan rambut
9. Pegang tangan
10. Senyum manis dan manja

Kalau belum..anda SUAMI normal.
Banyak lagi keje kita nak buat kan?? Hahahaaa

Gadis nasik lemak.


Sunday, 9 October 2016

Ajak.

*PAHALA BESAR MENGANJUR & MENGAJAK KEPADA MAJLIS ILMU.*

Sabda Nabi (saw):
ﺭﻭﻯ ﻣﺴﻠﻢ ﻓﻲ ﺻﺤﻴﺤﻪ ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ - ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ - ﺃﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ: ﻣﻦ ﺩﻋﺎ ﺇﻟﻰ ﻫﺪﻯ ﻛﺎﻥ ﻟﻪ ﻣﻦ ﺍﻷﺟﺮ ﻣﺜﻞ ﺃﺟﻮﺭ ﻣﻦ ﺗﺒﻌﻪ، ﻻ ﻳﻨﻘﺺ ﺫﻟﻚ ﻣﻦ ﺃﺟﻮﺭﻫﻢ ﺷﻴﺌﺎً، ﻭﻣﻦ ﺩﻋﺎ ﺇﻟﻰ ﺿﻼﻟﺔ ﻛﺎﻥ ﻋﻠﻴﻪ ﻣﻦ ﺍﻹﺛﻢ ﻣﺜﻞ ﺁﺛﺎﻡ ﻣﻦ ﺗﺒﻌﻪ، ﻻ ﻳﻨﻘﺺ ﺫﻟﻚ ﻣﻦ ﺁﺛﺎﻣﻬﻢ ﺷﻴﺌﺎً .
maksudnya:
Imam Muslim meriwayatkan dalam Sahihnya, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Sesiapa yang mengajak kepada jalan hidayah, dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengikutinya. Tidak kurang sedikitpun dari pahala mereka yg mengikuti. Sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, dia mendapat dosa seperti orang yang mengikutinya. Tidak kurang sedikitpun dari dosa-dosa mereka itu sekaliannya.”


ﻋﻦ ﺍﺑﻲ ﻣﻮﺳﻰ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﺒﻲ ‏(ﺹ ‏) ﻗﺎﻝ : ﻋﻠﻰ ﻛﻞ ﻣﺴﻠﻢ ﺻﺪﻗﺔ ، ﻗﺎﻝ : ﺍﺭﺃﻳﺖ ﺍﻥ ﻟﻢ ﻳﺠﺪ ؟ ﻗﺎﻝ : ﻳﻌﻤﻞ ﺑﻴﺪﻳﻪ ﻓﻴﻨﻔﻊ ﻧﻔﺴﻪ ﻭﻳﺘﺼﺪﻕ ، ﻗﺎﻝ : ﺃﺭﺃﻳﺖ ﺍﻥ ﻟﻢ ﻳﺴﺘﻄﻊ ؟ ﻗﺎﻝ : ﻳﻌﻴﻦ ﺫﺍ ﺍﻟﺤﺎﺟﺔ ﺍﻟﻤﻠﻬﻮﻑ ، ﻗﺎﻝ : ﺃﺭﺃﻳﺖ ﺍﻥ ﻟﻢ ﻳﺴﺘﻄﻊ ؟ ﻗﺎﻝ : ﻳﺄﻣﺮ ﺑﺎﻟﻤﻌﺮﻭﻑ ﺍﻭ ﺍﻟﺨﻴﺮ ، ﻗﺎﻝ : ﺃﺭﺃﻳﺖ ﺍﻥ ﻟﻢ ﻳﻔﻌﻞ ؟ ﻗﺎﻝ : ﻳﻤﺴﻚ ﻋﻦ ﺍﻟﺸﺮ ﻓﺎﻧﻬﺎ ﺻﺪﻗﺔ.
Maksudnya:
Dari Abu Musa (r.a) dari Nabi saw sabdanya: Setiap orang Islam itu hendaklah bersedekah.”
Abu Musa bertanya: “Bagaimana jikalau dia tidak menemui sesuatu untuk disedekahkan?”
Baginda menjawab: “Jikalau tiada hendaklah dia bekerja dengan kedua tangannya, kemudian dia dapat memberikan manfaat pada dirinya sendiri,  kemudian bersedekah.”
Dia bertanya lagi: “Bagaimana kalau dia tidak mampu melakukannya?”  Jawab Baginda: “Hendaklah dia memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan bantuan.” Dia bertanya lagi: “Bagaimana kalau itupun tidak mampu dilakukannya?”
Jawab Baginda: “Hendaklah dia menyuruh orang melakukan perkara baik atau elok.”
Dia bertanya lagi: “Bagaimana jika itupun tidak mampu dilakukannya?"
Baginda menjawab: “Hendaklah dia menahan diri dari melakukan perbuatan jahat, maka yang demikian itu juga adalah sedekah darinya."
(Muttafaq ‘Alaih).

*JOM KE KELAS AL-QURAN*
*& AJAK RAKAN-RAKAN KITA...*
*AKADEMI AL-BAGHDADI*
*JLN SUADAMAI 4/1, BTHO.*
*HP: 0123441043.*
*fb: ustaz zul al-baghdadi*
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Saturday, 8 October 2016

Ganjil.

Akan tiba masanya - 3X
Hari yang ganjil - 3X

Mari Mengetahui...
Mari Memahami...
Mari Menghayati...

.. Baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda (mafhumnya):

. Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dlm solat akan hilang.

. Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut.

. Akan Tiba masanya atas ummat ku  banyak nya gempa2 bumi.

. Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal shj.

. Akan tiba masanya atas ummat ku  banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.

. Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga-bangga dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?

Rasulullah saw menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

.. Hampir2 semua yg disebut itu berlaku di zaman kita.

. Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil.

Ibu2 & bapa2 hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik2 shj terhadap anak-anak mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kpd anak2 mereka.

. Hari-hari yang ganjil.

Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan / sedikit.  Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

. Hari-hari yang ganjil

Pemuda dan pemudi berjam-jam menghabiskan waktu mereka jalan-jalan dan berpeleseran di Mall atau
di Pasaraya.  Namun mereka merasa letih dan berat utk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

. Hari-hari Ganjil.

Pemuda dan pemudi asik mendengar lagu-lagu dengan hati yang girang gembira.  Namun jika utk mendengar firman-firman  Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-olah mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

. Hari-hari sangat ganjil.

Kita  bersungguh2 berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak-enak dan yang bagus-bagus, murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedlm tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali utk dimasukkan kedlm tabung derma.

. Hari-hari yang  ganjil.

Kita set alarm sblm tidur takut terlambat bangun utk pergi kerja.  Namun kita lupa utk setkan alarm utk bangun menghadap Allah ketika solat subuh.

. Hari-hari  sangat ganjil

Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir" .

. Hari-Hari yang ganjil.

Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kendaraan ini utk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".

. Hari-hari yang ganjil.

Ibu2 & bapa2 membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kpd org lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing2 dll....

. Hari-hari yang ganjil.

Pada saat pesan ini sampai kepada mu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad sollallaahu alaihi wa sallam.

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah Nabi saw ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah shj.

Memelihara Hadis yang mulia dengan demikian Anda telah bersama2 dengan kami dalam menyebarkan sunnah-sunnah Rasulullah sollallaahu alaihi wa sallam.

Jadilah anda salah seorang  yang mengajak kepada kebaikan.

✳ Forward dan sebarkan pesan ini agar semakin bertambah ganjaran pahala kita kerana sudi berdakwah,
In syaa Allah.

Hadiah.

_*13 HADIAH YANG TERBAIK _*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
Hadiah tidak harus sesuatu berupa uang atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang di antaranya :
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah *Doa.*
🌿🌰🌿🌿🌿🌰🌿🌰🌿
2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh.  *Pemberian maaf.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah *Penghormatan.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
4. Hadiah terbaik untuk murid adalah *Tauladan.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah *Kasih Sayang.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah *Al-Fatihah.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
7. Hadiah terbaik untuk orangtua adalah *Berbakti.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah *Penghargaan.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
9. Hadiah terbaik untuk suami adalah *Kesetiaan.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
10. Hadiah terbaik untuk anak adalah *Pendidikan.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah *Kejujuran.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
12. Hadiah terbaik untuk orang yang tidak dikenali adalah *Senyuman.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah Saw adalah *Sholawat.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿

_Nabi saw bersabda: "Saling memberi hadiahlah, niscaya kalian akan saling mencintai."_
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿
_*Selalulah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada manusia di sekeliling kita, karena pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk dunia dan akhirat.*_
ﻻَ ﻫَﻮْﻝَ ﻭَﻻَ ﻗُﻮَّﺕَ ﺍِﻻَّﺑِﺎﻟﻠّﻪِ
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿

Thursday, 6 October 2016

Puasa hari Asyura.


Solat.

Assalamualaikum.
BEZA 2 RAKAAT MANUSIA DENGAN JIBRAIL

'Menangis saya bila baca , meremang bulu roma 😰 Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...