Saturday, 12 November 2016

Perancang..

Istikharahlah untuk semua masalah yang memerlukan jawapan yang benar.
.
InsyaAllah jawapan Allah tak pernah mengecewakan. Kerana ALLAH sebaik-baik memberi petunjuk.
.
Ketenangan hati hanya ada bila kita bersama Allah. Sebab itu kita boleh tersenyum dan menjalani setiap hari tanpa perlu risau pandangan makhluk pada kita.
.
Sematkan di hati;
DIA akan 'uruskan' segalanya untuk kita. Tugas kita hanya perlu berlaku benar dan mengikhlaskan.
.
InsyaAllah, yang baik pasti akan datang kemudian.
.
 “Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata, 'Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan seksaan penyakit.'”
(Surah As Sad : 41)
.
Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari kejahatan mereka. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.
.
Senyumlah meski rasa sakit itu sering menghalang kita untuk mengukir sebuah senyuman.

No comments:

Post a Comment