*PENAMA BUKAN PEMILIK:*
*PELAJARILAH ILMU FARAID*
FAKTA KES
〰Ali meninggal dunia & tinggalkn seorang Isteri, seorang Anak Lelaki & 2 org anak perempuan.
.
〰Ali dilindungi insuran hayat bernilai RM200,000 (Isteri sbg penama)
.
〰Caruman KWSP serta dividennya RM400,000 (Anak Lelaki sbg penama)
.
〰Simpanan Tabung Haji melalui potongan gaji bulanan RM100,000. (Anak Lelaki sbg penama)
.
〽Pihak Insuran telah membayar pampasan RM200,000 terus ke akaun RHB Bank milik Isteri Ali.
.
〽KWSP & Tabung Haji masukkan RM500,000 ke dlm akaun Bank Islam milik Anak Lelaki Ali.
.
♦Isteri & Anak Lelaki Ali sgt teruja apabila akaun bank mereka berubah menjadi 6 digit (ratusan ribu). Sesuatu yg tidak pernah berlaku dlm hidup selama ini.
.
♦Isteri & Anak Lelaki Ali tidak menjalankan amanah sbg Penama kpd sumber² tsebut dgn tidak mengagihkan mengikut prinsip pengurusan pusaka.
.
♦RM200,000 yg masuk ke RHB Isteri Ali bukannya miliknya seorang, haknya hanyalah RM25,000 sahaja. Baki RM175,000 adalah hak anak²nya.
.
♦RM500,000 yg masuk ke Bank Islam Anak Lelaki Ali juga bukan miliknya seorang, haknya hanyalah RM218,750. Baki RM281,250 adalah milik ibu & 2 org adik perempuannya.
.
♦ Isteri & Anak Lelaki Ali telah menafikan hak 2 org anak perempuan Ali.
.
♦Isu MAKAN HARTA BATIL berlaku antara anak & ibu, Abang & adik. Sedangkn sesama darah daging terdekat pun berlaku, apatah lagi saudara yg lebih jauh.
.
🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰
Masih ramai yang terkeliru dengan terma ‘Penama’ pada simpanan KWSP, Tabung Haji, Insurans/Takaful, Unit Trust & juga lain². Penama diperlukan bagi memastikan simpanan atau pelaburan dpt dicairkan dgn segera tanpa perlu melalui prosuder pusaka yg merumitkan.
.
Dlm erti kata lain, penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta simati sama ada berbentuk pampasan takaful/insurans, simpanan KWSP & Tabung Haji. Penama btanggungjawab mengagihkan harta² tsebut kepada waris simati mengikut hukum syarak.
.
Setiap penama perlu diingatkn ttg peranannya bagi mengelak drp termakan harta yg bukan haknya. Jgn seperti 'kera kena belacan' pula apabila melihat akaun banknya tercatat RM yg menjangkau sehingga 7 digit. Ketika itu pasti kdengaran bisikan syaitan ke arah kemungkaran.
.
☝🏻Pastikan anda merancang untuk mengelak Waris anda daripada 'rosak' dengan harta peninggalan anda sendiri.
.
No comments:
Post a Comment