TANYALAH USTAZ TV9
1.3.2017
(Da'i Fuad Moktar&Ustaz Dr.Muhammad Nidzam Abd.Kadir)
*TERTIB DALAM AMALAN*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tajuk berkaitan dgn amalan yg mana satu yg kita perlu utamakan terlebih dahulu.
SAYA SUDAH TUNAIKAN IBADAT TAPI KENAPA MASIH TIDAK DAPAT MENGUBAH SIFAT² NAGETIF DALAM DIRI?
Ini mungkin kerana kita hanya melakukan perintah Allah hanya dari sudut ZAHIR sahaja tapi tidak dari sudut HATI.
Hati masih belum sepenuhnya buat ibadat ikhlas kerana Allah atau sekadar menunjuk~nunjuk.
APAKAH HIKMAH ALLAH MELETAKAN TERTIB DALAM MELAKUKAN SESUATU AMALAN DAN BAGAIMANA MAHU ISTIQAMAH?
Hikmahnya Allah nak ajarkan pada kita utk mengelokkan sesuatu amalan.
Tertib itu utk mengelokkan/mencantikkan sesuatu amalan dan menurut apa yg Allah perintahkan.
Ulamak suruh kita cari istiqamah.
Buat amalan berdasarkan kemampuan kita.
Buat amalan diluar kemampuan akan menjadikan kita tidak boleh istiqamah.
KITA DAH TERTIB DALAM IBADAH TAPI AKHLAK KITA TIDAK SEIRING DGN IBADAH YG KITA BUAT,KENAPA BOLEH BERLAKU SEBEGINI?
Masyarakat hari ini biasanya lebih pentingkan solat atau ibadat² wajib lain...tapi kurang mementingkan akhlak.
Ada org sentiasa ke masjid tapi mulut masih tidak boleh dijaga...masih mengutuk org...mengumpat org...
SEKARANG INI BUKAN HANYA LIDAH YG MENGUMPAT ATAU MENGUTUK ORG...DILAMAN SOSIAL JARI JUGA DIGUNAKAN UTK MENGUTUK DAN MENGUMPAT ORG...
APA HUKUM WIRIT/ZIKIR SELEPAS SOLAT DGN SUARA YG LANTANG ATAU GUNA PEMBESAR SUARA SEDANGKAN MASIH ADA ORG LAIN YG SEDANG SOLAT?
Allah suruh kita berzikir.
Kita kena ada kebijaksanaan.
Kita nak berzikir dan dalam masa sama kita juga nak menjaga org yg sedang solat.
Dan apalah salahnya sebagai imam...perlahankanlah sedikit ketika berzikir supaya meraikan org yg sedang solat.
WAKTU BILAKAH PALING AFDAL UTK BERZIKIR,BOLEHKAH BERZIKIR KETIKA MENONTON TV?
BOLEH..
Boleh berzikir walau dalam keadaan apa pun.
Boleh berzikir ketika duduk,berdiri dan berbaring...
Ada juga waktu yg dilarang utk berzikir iaitu ketika waktu kutbah...waktu itu bukan waktu utk berzikir...waktu itu adalah waktu utk beri perhatian/mendengar khatib yg sedang baca kutbah.
APAKAH ZIKIR YG MENJADI KEUTAMAAN?
Zikir yg paling baik ialah membaca Al~Quran kerana dgn satu huruf bersamaan sepuluh pahala.
Bacalah Al~Quran dan Allah jadikan Al~Quran itu sebagai pemisah antara kita dgn syaitan.
Allah berselawat kepada Nabi.
Berselawat juga adalah zikir yg terbaik.
Berselawatlah apa juga jenis selawat dan jangan kita bertelagah dgn sebab memilih zikir yg terbaik.
BERTELAGAH ITU TIDAK BAIK.
BERBEZA PANDANGAN DALAM AMALAN SUNAT ITU TIDAK MENJADI MASALAH.
YG MENJADI MASALAH BILA PERBEZAAN PANDANGAN ITU SEHINGGA BERGADUH DAN SALING SESAT MENYESATKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.
ANAK MURID IMAM AS~ SYAFIE BERBEZA PANDANGAN DGN IMAM AS~SYAFIE DAN MENINGGALKAN IMAM AS~SYAFIE KETIKA SEDANG MENGAJAR ...TAPI IMAM AS~SYAFIE PERGI BERJUMPA ANAK MURIDNYA UTK MEMENANGI HATI ANAK MURIDNYA ..
DALAM MASYARAKAT KITA BOLEH BERBEZA PANDANGAN TAPI PERLU BERADAB.
YG MANA LEBIH UTAMA ANTARA SOLAT QADA DGN SOLAT SUNAT SEBELUM DAN SELEPAS SOLAT?
Utamakan qada solat yg tertinggal dulu kerana qada solat yg tertinggal itu wajib.
BAGI ORG YG BARU NAK BERJINAK² DGN ISLAM(baru nak mula solat)KITA KENA BIMBING PADA ORG SEBEGINI...
JANGAN KITA TERUS KATA ..TUAN KENA QADA SOLAT YG DAH 30TAHUN TERTINGGAL TU...TAKUT DGN KITA KATA SEBEGITU AKAN MELEMAHKAN SEMANGATNYA...
JANGAN KITA PUTUS ASAKAN USAHANYA YG BARU NAK MENDEKATI ALLAH...
WAJIB BERTAUBAT BILA TERTINGGAL SOLAT...
RUKUN TAUBAT IALAH:
1)TINGGALKAN MAKSIAT
2)MENYESAL
3)DAN BERAZAM UTK TIDAK MENGULANGI PERBUATAN MAKSIAT ITU.
JIKA DULU DIA SEORANG PEMINUM ARAK...DIA WAJIB BERTAUBAT ...MENYESAL DAN BERAZAM TIDAK MENGULANGINYA LAGI...
BEGITU JUGA ORG YG MENINGGALKAN SOLAT...WAJIB BERTAUBAT,MENYESAL DAN BERAZAM UTK TIDAK AKAN MENINGGALKAN SOLAT..
BILA KITA ADA KAWAN YG TIDAK SOLAT..KITA PUJUK DULU SUPAYA DIA BERSOLAT,BILA DIA DAH BERSOLAT BARULAH KITA PUJUK DIA UTK QADA SOLAT YG TERTINGGAL.
JANGAN KITA TERUS PAKSA DIA UTK QADA SOLAT KERANA CARA INI BOLEH MELEMAHKAN SEMANGATNYA...
#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
No comments:
Post a Comment